Monday, November 7, 2011

Lampiran

Rumah Saya

Saya ada rumah
Di hujung desa sana
Rumah itu indah
Semua orang suka.

Oh rumahku indah
Dibina oleh ayah
Saya sangat suka
Rumahku sangat indah.

Melodi : 'Gong Xi Fa Cai'

CONTOH RPH BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 (2012)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Kelas : Tahun 2 Merah

Tema / Tajuk : Kekeluargaan - Rumah Saya

Masa : 7:30 - 8:00 pagi

Standard Pembelajaran : 4.1.1 / Literasi 4.2

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
i. menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur
ii. menyebut suku kata terbuka KV gabungan daripada huruf konsonan dan huruf vokal berdasarkan seni kata lagu yang dipelajari

Aktiviti pengajaran danpembelajaran :
1. Guru menunjukkan model rumah dan memaparkan
seni kata lagu.
2. Murid dibimbing untuk menyebut seni kata lagu dengan jelas.
3. Murid menyebut lirik lagu sambil melakukan aksi yang menarik.
4. Murid dibimbing untuk menyanyi lagu 'Rumah Saya' mengikut melodi lagu 'Gong Xi Fa Cai'.
5. Murid menulis perkataan berdasarkan seni kata lagu dalam lembaran kerja dengan tulisan yang kemas.
6. Murid melakar bentuk rumah idaman mereka.

Aktiviti Literasi
1. Menyebut suku kata terbuka KV yang terdapat dalam
seni kata lagu.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Nilai murni - kasih sayang
Kreativiti dan inovatif

Bahan Bantu Belajar : Komputer, slaid power point, lembaran kerja

Penilaian dan Pengajaran dan Pembelajaran : Murid menyebut seni kata lagu melalui nyanyian 'Rumah Saya'

Refleksi : 27 orang daripada 30 orang murid telah mencapai objektif P&P. Murid yang belum
menguasai akan diberi bimbingan (secara rakan sebaya).

Sumber : Kursus KSSR BM Tahun 2 (PPD Gombak)

Friday, November 4, 2011

TERIMA KASIH CIKGU..

Hari pertama masuk sekolah
Tak pandai membaca mengira
Tetapi cikgu begitu tabah
Mengajar kami sungguh-sungguh

Bermula ABC sampai Z
Hitung satu sampai sepuluh
Baru ejaan dan kira-kira
Kami belajar dengan lancar

Berkat kesabaran guru bijaksana
Memberi pelbagai petunjuk
Hari demi hari kami pun mengerti
Pelajaran nilainya tinggi

Kami ingat setiap masa
Jasa guru mendidik bangsa
Sambutlah ini ucapan kami
Terima kasih cikgu..

Thursday, November 3, 2011

Sekadar hiburan..kelakar!!



Ambil yang positif..sebab dan akibat, boleh kaitkan dengan nilai-nilai murni.

Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=v1Q5afiQ-z8&NR=1

Gagak Yang Bijak

Sangat baik untuk aktiviti bercerita atau membuat urutan cerita



Sumber : http://www.youtube.com/watch?v=LKXegwGhxFA&feature=related